Galeri Seni AG

By: Galeri Seni Abdul Ghafur

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Monday, 14-Dec-2009 17:44 Email | Share | | Bookmark
Pelancaran GALERI ART @ GHAFUR

SYAHADAH: saiz 2' x 3', akrilik atas pelikat
RABBI: saiz 20" x 30", akrilik on kanvas
LAKOM: saiz 30" x 40", akrilik on kanvas
View all 6 photos...
SALAM TAKZIM kepada Semua Pengunjung Terhormat, Selamat Datang ke Galeri AG.
Semoga sihat sejahtera adanya.

Galeri ini akan dipenuhi dengan lukisan bercorak Islami. Kita boleh menumpukan perhatian ke arah mengingati dan memperbesarkan Allah SWT kerana tiada yang lebih aula dan utama dari perbuatan itu. Semoga kita semua akan beroleh limpahan Rahmat, Inayat, Taufik dan Hidayat-Nya, Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Galeri seni kaligrafi Islami ini adalah milik Pencinta Seni Ilahi, Abdul Ghafur Haji Tahir, berasal dari Sijangkang, Selangor Darul Ehsan. Seorang pesara Ketua Teknikal JKR Selangor. Hasil tangannya adalah Masjid Negeri Selangor dan banyak lagi. Terlibat selama 40 tahun di dalam bidang ini.

Semua Pengunjung boleh melihat keindahan tersembunyi yang dipamerkan di galeri ini. Kebanyakan hasil seni yang dipamerkan di sini adalah karya Abdul Ghafur atau AG sendiri. Selebihnya adalah dengan hasilkerja dengan kawan-kawannya seperti Abdul Rahman, Maksud dan In'am.

Galeri ini memerlukan teguran untuk penambahbaikan di sana sini dari semua pengunjung. Sila berikan pandangan anda, kami dahulukan dengan ucapan Terima kasih tidak terhingga atas kesudian Pengunjung dan sudi pula memberikan komen ke arah pembaikan. Lebih-lebih lagi bagi yang sudi menghargainya.

Jika ada yang berkenan di hati dan perasaan terasa untuk memilikinya, pihak kami bersedia untuk memindahmiliknya dengan bayaran berpatutan.

Mereka yang berminat, boleh hubungi kami melalui emel atau no HP yang kami sertakan. Bagi yang ingin melihat dan memegang fizikal semua naskhah karya, bolehlah terus menemui kami di galeri kita bertempat di:-

GALERI ART @ GHAFUR, MYEC, Lot 2-29-Lot2.31, Second Floor, The Mall 100, Jalan Putra, 50350, Kuala Lumpur. Berhampiran dengan PTWC. dari 10 pagi hingga 10 malam
emel: aggaleri@gmail.com / HP: 013-370 7668

Boleh linkkan di mana-mana dan beritahu kepada kawan-kawan kita yang lain. Terima kasih atas perhatian dan tindakan sewajarnya dari semua.


Wednesday, 14-Oct-2009 23:34 Email | Share | | Bookmark
Projek Al-Quran Terbesar Di dunia

Projek Al-Quran Terbesar di dunia (8 kaki x 11 kaki)
Demo melukis sedang dilakukan dengan mendapat perhatian khalayak
Dengan bantuan Pemuda Kashmir, Saudara In'am, AG bersemangat...
View all 6 photos...
KESYUKURAN ke Hadrat-Nya yang telah memberikan ilham-Nya kepada kami untuk mengusahakan projek Al-Quran Terbesar Di Dunia. Saiz kitab suci ini setinggi 11 kaki dengan lebarnya pula seluas 8 kaki.

Dilukis di atas kanvas. Kami lukiskan latar belakangnya berdasarkan cerita yang sedang dipaparkan di dalam kandungan ayat di dalam muka berkaitan. setakat ini, syukur kami telah berjaya melukis dan menulis dalam 10 muka surat.

Mengikut kiraan, untuk menggenapkan 30 juzuk Al-Quran, ia akan berjumlah sebanyak 600 keping. bererti kita akan mendapat 600 keping lukisan berkaligrafi Islam. Kami berazam Insya Allah, dengan bantuan kudrat dan iradat-Nya jua kami berdoa dapat menyiapkan projek di dalam masa dua tahun. Doakan kami ya...

Bayangkan betapa berkhazanahnya kita dengan Al-Quran besar ini yang mengandungi 600 lukisan berkaligrafi Islam mengandungi Ayat Al-Quran... Masya Allah.

Untuk memberi peluang kepada Pengunjung Terhomat melihat, hasil 10 keping awal yang kami hasilkan, dipaparkan sebahagian daripadanya untuk tatapn mata dan jiwa semua.

Bagi yang ingin melihat dan memegang fizikal semua naskhah karya, bolehlah terus menemui kami yang sedang melukis dan menulis di galeri kita bertempat di:-

GALERI ART @ GHAFUR, MYEC, Lot 2-29-Lot2.31, Second Floor, The Mall 100, Jalan Putra, 50350, Kuala Lumpur. Berhampiran dengan PTWC. dari 10 pagi hingga 10 malam

Mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi kami melalui emel atau no HP yang kami sertakan ini, emel: aggaleri@gmail.com / HP: 013-370 7668

Terima kasih atas perhatian dan tindakan sewajarnya dari semua.


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net